Oleh DAYANG KARTINI BINTI AWANG BUJANG
Mesin dan Kopi
sebuah teater yang menceritakan tentang permasalahan tiga watak utamanya iaitu
Iqbal, Hanna, dan Hakim yang mencipta kerjaya, bekerja di sebuah syarikat yang
sama iaitu Terbit Barat Corporation. Selain berjaya dalam kerjaya, mereka juga masing-masing berdepan dengan pelbagai masalah
seperti keluarga, buli, gangguan seksual
dan politik di tempat kerja.
Ketiga-tiga mereka juga mempunyai kisah
lampau yang tragis serta menyimpan memori hitam tersebut sekian lama. Konflik
terjadi apabila kisah lampau yang menghantui hidup mereka kembali berulang
apabila mereka menjejakkan kaki ke Terbit Barat
Corporation. Terbit Barat Corporation merupakan sebuah syarikat besar dan
terkenal. Pastinya pekerja-pekerja yang dipilih merupakan di antara yang
terbaik. Di zaman yang serba tidak menentu dan
menekan, hidup di kota yang pasti penuh dengan cabaran, mereka terpaksa
menempuh kesengsaraan demi mengekalkan pekerjaan yang dimiliki.
Iqbal, Hanna, dan Hakim masing-masing
mengalami tekanan akibat pergolakan dalam diri, pengalaman pahit dan dari orang
disekeliling, cuba untuk mencari jalan keluar dari masalah yang membelenggu
kehidupan mereka. Namun tekanan dari jiwa yang sentiasa
merusuh disebabkan pelbagai permasalahan yang sukar untuk ditandingi, tiada
pilihan, demi sesuap nasi, kehidupan, kebahagiaan, kesetiaan, keluarga,
masyarakat, kasih sayang, ekonomi, sosial, maka mereka memilih untuk
mengakhirinya dengan mengikut kata hati.
KARL MARX (1818 – 83)
Marx merupakan seorang ahli falsafah
politik Jerman yang amat dipengaruhi oleh pemikiran Hegel, malah dikenali sebagai
pengikut Hegel muda yang radikal (Auslander, 2008) . Menurut Llyod
Spencer and Andrzej Krauze dalam Hegel for
Beginners, Pemikiran
Hegel memberi impak yang besar dalam sejarah falsafah barat. Pengasasnya adalah
Georg Wilhelm Friedrich Hegel (1770-1831), yang membangunkan konsep kebebasan, sebab, kesedaran diri, dan
pengiktirafan kepada realiti sosial dan politik.
Pada tahun 1841, apabila Marx tidak mendapat tempat di Universiti, beliau
menjadi wartawan akhbar liberal Rhenish Gazette dan menghasilkan pelbagai artikel terutamanya topik berkaitan kebimbangan politik dan sosial. Di antara hasil karya tulisan beliau
adalah seperti The Communist Manifesto
(diterbitkan di Jerman pada tahun 1848) dan Capital.
Teori Marxis adalah merupakan hasil kerjasama di antara Marx dengan sahabat baiknya Friedrich Engels (1820-1895), iaitu anak seorang sosialis Jerman. Marxisme atau Teori Marxis, merupakan satu teori sosial kontemporari berdasarkan kepada idea-idea yang dirumuskan oleh Marx dan Engels sebagai kritikan terhadap kapitalisme perindustrian ketika itu. Ia memberi tumpuan perhatian kepada sejarah sosial berhubung dengan ekonomi, politik, terutamanya perjuangan kelas masyarakat.
Hasil karya kontemporari Marx, seperti Tocqueville, Comte and Spencer, terus mempunyai kaitan yang
jelas kepada masalah sosiologi moden (Giddens, 2003). Dari perspektif Marxis, menurut buku Theory
for Performance Studies (Auslander, 2008) sejarah tidak
didorong oleh idea-idea, nilai-nilai, atau semangat lebih melengkung.
Sebaliknya, ia adalah satu rekod perjuangan, berakar umbi dalam kehidupan,
material, makanan, tempat tinggal, hasil kerja, dan kawalan ke atas cara-cara
pengeluaran. Pada abad ke-20, Marxisme telah memberi impak yang amat besar
kepada politik dan juga pada teori kritikal, teori sastera, kajian budaya,
sejarah, sosiologi, ekonomi, seni dan falsafah.
Teori Marxis adalah kritikan revolusioner terhadap masyarakat kapitalis. Marx secara peribadi amat prihatin dengan keperluan untuk perubahan sosial apa yang dilihatnya sebagai ketidakadilan dan penindasan yang disebabkan oleh kapitalisme perindustrian dan hubungan ekonomi abad ke-19. Teori ini bukan sahaja untuk menganalisis hubungan ekonomi tetapi juga nilai-nilai serta pandangan yang dicipta oleh kapitalis perindustrian yang kononnya bukan bersifat politik turut memberi impak kepada bidang kesusasteraan, seni, dan produk budaya yang lain dan amalan. Konsep-konsep utama teori Marxsis adalah seperti materialisme bersejarah (historical materialism), dialektik, cara pengeluaran (mode of productions) (hubungan dan kuasa-kuasa) (relations and forces), proletariat (kelas pekerja), kapitalis, bourgeoisie (golongan pertengahan - biasanya dengan merujuk kepada persepsi nilai kebendaan atau sikap konvensional), tujuan pengeluaran (means of production), asas, struktur utama, alienation (pengasingan) dan ideologi.
Teori Marxis adalah kritikan revolusioner terhadap masyarakat kapitalis. Marx secara peribadi amat prihatin dengan keperluan untuk perubahan sosial apa yang dilihatnya sebagai ketidakadilan dan penindasan yang disebabkan oleh kapitalisme perindustrian dan hubungan ekonomi abad ke-19. Teori ini bukan sahaja untuk menganalisis hubungan ekonomi tetapi juga nilai-nilai serta pandangan yang dicipta oleh kapitalis perindustrian yang kononnya bukan bersifat politik turut memberi impak kepada bidang kesusasteraan, seni, dan produk budaya yang lain dan amalan. Konsep-konsep utama teori Marxsis adalah seperti materialisme bersejarah (historical materialism), dialektik, cara pengeluaran (mode of productions) (hubungan dan kuasa-kuasa) (relations and forces), proletariat (kelas pekerja), kapitalis, bourgeoisie (golongan pertengahan - biasanya dengan merujuk kepada persepsi nilai kebendaan atau sikap konvensional), tujuan pengeluaran (means of production), asas, struktur utama, alienation (pengasingan) dan ideologi.
Konsep-konsep ini menjadi teras untuk membincangkan lebih lanjut pementasan Mesin dan Kopi, arahan Harith Amirul yang telah dipentaskan oleh Komrad Anak Teater bermula 29 Mac hingga 2 April 2017.
Historical Materialism
Pemikiran Marxis berpusat kepada
falsafah Marx yang dikenali sebagai materialisme bersejarah. Ia melihat perubahan
sejarah sebagai hasil daripada tindakan manusia dalam dunia material. Marx telah dipengaruhi oleh Ludwig Feuerbach
(1804-1872), yang menekankan kepada keadaan-keadaan materialis dunia dan
bersikap kritikal terhadap idealisme pemikiran Hegel (Auslander, 2008).
Idea Historical Materialism ini disalurkan dengan jelas melalui watak Iqbal, Hanna, dan Hakim. Ketiga-tiganya sangat mementingkan
dunia material. Hanna atau nama penuhnya Siti Raihanna binti Azman misalnya, seorang
gadis berusia 23 tahun, lulusan Diploma Sumber Manusia dari sebuah kolej yang
eksklusif dan bertaraf lima bintang. Dia digambarkan sebagai seorang gadis
yang ceria, manis, elegan, dan mementingkan kerjaya. Demi untuk mendapat
kenaikan pangkat (pastinya tawaran akan datang dengan pakej seperti kenaikan
gaji dan juga pelbagai kemudahan), Hanna sanggup mengabdikan dan membiarkan dirinya
sebagai mangsa gangguan seksual oleh ketuanya, Datuk Ikhram. Realitinya Hanna
terpaksa bergelut dengan jiwanya yang merusuh setiap hari yang terpaksa berdepan
dengan kesumbangan laku Datuk Ikhram demi mencapai impian seperti yang dijanjikan.
Tidak kurang dengan Muhammad Hakim bin Maslan.
Hakim berusia 39 tahun, berkelulusan dari maktab perguruan di Kuala Terengganu.
Telah bekerja sebagai guru di Kedah selama empat tahun. Beliau sanggup bertukar kerjaya demi mencari pengalaman baru serta memberikan kehidupan
serta keselesaan hidup bersama isteri dan anak-anak. Manakala Iqbal, demi
bekerja di sebuah syarikat besar dan ternama, yang menjadi igauan masyarakat
untuk menjadi sebahagian daripada kemegahan syarikat tersebut, dia sanggup
membiarkan dirinya dibuli oleh rakan sekerja asalkan dia terus berpeluang bekerja di
Syarikat Terbit
Barat Corporation.
Gambaran ketiga-tiga watak dan perwatakan ini menunjukkan bagaimana kehendak material
manusia itu mampu mengubah sejarah. Mereka bukan sahaja mengubah sejarah mereka
secara peribadi malahan turut mengubah sejarah Syarikat Terbit Barat yang
mengaut keuntungan syarikat hasil daripada titik peluh pekerjanya yang sentiasa
memberikan komitmen dan hasil yang terbaik.
Dialectic
Bagi Marx, apa yang menggerakkan sejarah
dialektik adalah mengekspresikan konflik ekonomi dan lain-lain antara kelas
sosial (Lukacs, 1971). Leon Trotsky menjelaskan dialektik, asas
falsafah Marxis adalah kaedah pemikiran paling moden yang masih wujud. Beliau
menegaskan tentang Marxisme bahawa "jika ada teori yang meramalkan masa depan yang
lebih baik daripada teori lain, ia masih teori yang paling maju pada masa ini, walaupun
puluhan tahun."
Marxisme adalah ilmu perspektif untuk
menjangka bagaimana masyarakat akan berkembang dengan menggunakan kaedah
materialisme dialektik bagi membongkar proses kompleks perkembangan sejarah. Ia berusaha untuk mengajar golongan pekerja supaya sedar sendiri dan menjadi sedar akan kelas dirinya. Dialektik juga adalah falsafah sebuah pergerakan. Kaedah dialektik analisis membolehkan kita mengkaji fenomena semula jadi, evolusi masyarakat dan
berfikir sendiri, kerana proses pembangunan adalah berdasarkan gerakan dan percanggahan.
Segala-galanya adalah di dalam keadaan yang sentiasa berubah-ubah, manakala perubahan pula adalah perkara yang berlaku dalam pergerakan.
Kaedah dialektik ialah cara berfikir
tentang realiti yang boleh menjadi alat yang penting untuk mendedahkan sistem sosial sebagai satu fakta yang sebenar dan unmovable. Dialektik juga menjadi titik permulaan
bahawa dunia sosial adalah di dalam keadaan perubahan dan sentiasa berubah-ubah
- dan bahawa kapitalisme menjadi kuat disebabkan hubungan manusia, serta hasil daripada
aktiviti manusia yang muncul dari dunia material.
Menerusi watak Iqbal, dia yang sering menjadi
mangsa buli di sekolah sehingga ke peringkat Universiti, telah menubuhkan persatuan
anti-buli di Universitinya. Dia juga merupakan Presiden kepada persatuan
tersebut. Tujuannya hanyalah untuk keluar dari kepompong kumpulan golongan yang selalu dbuli. Pernyataan mengenai konflik di antara kelas sosial iaitu yang lemah,
anak orang miskin, tidak berupaya melawan dengan yang kuat, anak orang kaya
serta berkuasa - telah menjelaskan lagi konsep dialektik dalam permentasan ini. Konflik
Iqbal bukan setakat di universiti, malah berterusan menjadi mangsa buli secara
fizikal dan mental oleh rakan sepejabat. Mengetahui bahawa dirinya hanyalah
sebagai pekerja biasa, Iqbal terus dibuli oleh golongan kapitalis iaitu
ketuanya.
Modes Of Production (Relations And Forces)
Konsep ini merujuk kepada cara
masyarakat mengurus hubungan ekonomi bagi membolehkan pengeluaran barangan. Marxis mencirikan kapitalisme sebagai pelantar menindas dan melaraskan sistem pusat buruh dan
pengeluaran. Buruh tidak wujud secara berasingan tetapi dalam rangkaian
manusia yang lebih
besar. Pola manusia dalam organisasi ekonomi, atau hubungan-hubungan
pengeluaran, berinteraksi dengan tenaga kerja dan teknologi manusia, atau
kuasa-kuasa pengeluaran, untuk mewujudkan cara pengeluaran barangan.
Konsep ini telah diketengahkan kepada penonton sejak awal pementasan. Digambarkan pekerja yang
dilantik sebagai kakitangan di Terbit Barat Corporation hendaklah terdiri
daripada mereka yang terbaik samada pelajar cemerlang atau yang berpengalaman
serta mahir menggunakan teknologi seperti komputer, penghawa dingin, mahupun
mesin cetak. Kemudahan yang disediakan oleh Terbit Barat Corporation kepada para pekerja membantu meningkatkan semangat pekerja, memberi keselesaan dan yang penting
mampu meningkatkan kualiti kerja dan produk. Sekaligus ini akan memberi
pulangan keuntungan kepada Terbit Barat Corporation untuk kekal sebagai
kapitalis dalam ekonomi. Iqbal, Hanna dan Hakim bekerja keras untuk ketua
mereka. Masing-masing mereka bekerja dengan begitu rajin, ikhlas, jujur demi periuk
nasi serta menjaga jawatan yang disandang. Tanpa sedar mereka sebenarnya
ditindas oleh kapitalis ekonomi sehingga berlakunya konflik sosial dalam diri
mereka.
Proletariat, Capitalists, Bourgeoisie
Dalam mod pengeluaran kapitalis,
hubungan-hubungan pengeluaran adalah daripada pekerja buruh beralih kepada
bahan mentah kemudian menjadi bahan siap. Seterusnya pemilik mengawal penjualan dan pengedaran
produk-produk ini, dan mengumpul nilai keuntungan mereka. Marx
menjelaskan bahawa sistem seperti ini telah mewujudkan perbezaan kelas seperti proletariat (pekerja yang menjual kuasa
tenaga pekerja mereka untuk gaji untuk mencari rezeki), kapitalis (yang
memiliki dan mengawal cara-cara pengeluaran sumber yang semula jadi, kilang,
mesin dan sumber bahan lain), kelas ketiga, bourgeoisie
(borjuasi) (tidak pemilik atau pekerja, tetapi pembekal perkhidmatan
seperti doktor dan guru) (Auslander, 2008).
Konflik yang dihadapi oleh Hanna, jelas dia
adalah dari kelas proletariat, bekerja untuk mencari rezeki, merupakan seorang
pekerja yang bijak dan cekap, tidak dapat mengelak dan terpaksa melayan
perbuatan gangguan seksual terhadapnya. Ketuanya, kapitalis, berjanji untuk
menaikkan pangkat Hanna sekiranya Hanna mengikut segala kehendaknya. Manakala Hakim, yang pernah berkhidmat sebagai guru tetapi bosan dengan kerjaya itu, telah memilih untuk berubah angin dengan mencari kerja
baru. Dia dari kelas bourgeoisie, beralih ke kelas proletariat. Walau
bagaimanapun, dia tetap ditindas oleh golongan kapitalis.
Base, Superstructure
Pengurusan ekonomi adalah mod operasi
yang membentuk aspek lain dalam masyarakat. Konsep base and superstructure menjelaskan hubungan ini.
Base merujuk kepada mod pengeluaran ekonomi masyarakat, yang menentukan struktur
utama iaitu pengeluaran budaya, politik, sosial, agama, seni, moral, sains, dan
lain-lain. Marxisme meramalkan bahawa perjuangan dialektik akhirnya akan
memusnahkan kapitalisme dan mewujudkan kelas sosialisme.
Inilah yang terjadi dalam kehidupan Hakim. Tidak
terduga oleh pemikirannya, bahawa isterinya telah berubah. Akibat terlalu kuat bekerja, dia lupa untuk melihat kehendak keluarga selain dari wang
ringgit. Isteri Hakim mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain serta
mengabaikan anak-anak yang memerlukan perhatian dan kasih sayang. Bagi Hakim,
dia telah menjalankan kewajipannya sebagai ketua keluarga, suami dan ayah.
Hakim muncul sebagai kapitalis dalam
keluarganya, yang mengharapkan kesempurnaan hidup dalam berumahtangga. Tetapi harapannya
musnah akibat kecurangan isterinya. Demi untuk mencari perhatian dan kasih sayang, kebebasan serta
kepercayaan, dia memilih untuk berpisah.
Alienation
Konsep ini menghuraikan keadaan individu yang merasakan diri mereka tidak ada kuasa dan tidak berguna. Perasaan terasing daripada kewujudan orang lain ini boleh
diatasi dengan menghapuskan percanggahan-percanggahan yang menjadi akar kepada timbulnya perasaan ini.
Kapitalisme yang menekankan keperluan ego dan keuntungan peribadi tidak
boleh wujud tanpa eksploitasi, kehilangan kemanusiaan, dan pengasingan (Churchich, 1990).
Ketiga-tiga watak ini berhadapan dengan
tekanan gangguan jiwa di pejabat dan masalah lampau. Disebabkan itu, Hanna yang pernah dirogol oleh abang tiri, digoda oleh
ketuanya di pejabat sehingga termakan janji manis kadang-kadang merasakan dirinya tidak ada nilai, tidak ada maruah dan tidak suci berbanding rakan sekerjanya yang lain. Walau
bagaimanapun, Hanna di pejabat dilihat sebagai seorang yang ceria,
bersemangat, cekap dan tegas dalam menjalankan tugas. Tiada siapa yang boleh
mempercayai, disebabkan tekanan-tekanan tersebut, Hanna telah membunuh
ketuanya.
Konflik dalaman Iqbal pula semakin
memberontak, dibuli setiap masa, dipaksa untuk menyiapkan kerja-kerja yang
tidak sepatutnya dibuat oleh Iqbal sehingga suatu hari dia gagal mengawal
permasalahan tersebut dan menyelesaikannya dengan cara di luar jangkaan. Dia
telah menyerang dan memukul rakan sepejabatnya itu tanpa belas kasihan.
Ideology
Ideologi menentukan apa yang boleh berfikir
dan kepercayaan tentang politik, agama, sastera, dan lain-lain aspek budaya. Tetapi
ideologi tiada autonomi, yang mana menurut Marx ia bergantung kepada mod ekonomi semasa
pengeluaran dan ideologi bertindak sebagai justifikasi untuk memastikan kewujudan berterusan. Ideologi menimbulkan ilusi mengenai pilihan atau kehendak bebas, tetapi sebenarnya ia tidak wujud (Auslander, 2008).
Ketiga-tiga watak utama dalam naskah ini
percaya kepada ketentuan tuhan. Dari kepercayaan tersebutlah, mereka redha dan
menerima segala masalah, cabaran dan dugaan itu dengan sabar. Namun, atas dasar
percaya bahawa manusia mampu mengubah nasib, maka mereka hilang punca dan budaya hormat menghormati tidak lagi wujud bagi mereka. Akhirnya,
mereka kecundang dengan pergolakan jiwa yang dipengaruhi oleh faktor ekonomi dan sosial, yang mana kehidupan semakin mendesak dan masyarakat semakin
mementingkan diri sendiri.
KESIMPULAN
Mesin
dan Kopi membawa kita dengan
lebih dekat tentang permasalahan yang sebenarnya berlaku dalam kalangan
masyarakat kita di bandar. Analisis Marxis ini mengangkat sindiran
yang kritis dan begitu halus terhadap sosial masyarakat masa kini sekaligus menyedarkan kita betapa pentingnya untuk menikmati kehidupan dengan lebih realistik,
sabar, bersyukur, dan rasional.
‘Mesin’- sangat diperlukan bagi
mempercepatkan tugasan seharian di pejabat mahupun di rumah. Mesin cetak di
pejabat misalnya memudahkan tugasan membuat salinan
dokumen-dokumen penting dengan cepat, menjimatkan masa dan ekonomi. Selain itu,
‘mesin’ turut menggambarkan situasi manusia yang diumpamakan sebagai mesin
yang boleh digunakan tanpa henti. Unsur-unsur dialektik ini semakin ketara
berlaku di dalam masyakat kita iaitu yang kaya akan menindas yang miskin, yang
berkuasa akan terus berkuasa dan menguasai golongan bawahan.
‘Kopi’- mengapa ‘Kopi’? Merujuk kepada jurnal yang bertajuk A Perception on Health Benefits of Coffee
(Sunita Elizabeth George,
2008), kopi dinikmati bagi menimbulkan kesan menyegarkan dan merangsang
minda. Kopi diminum kerana aroma uniknya dan kesan rasa yang membangkitkan semangat.
Pengguna boleh mengambil kopi atas sebab-sebab emosi; ia boleh membantu mereka
berehat atau meningkatkan mood mereka, serta mampu meningkatkan tumpuan (Chu, 2012). Kopi menurut Gerard Debry dalam bukunya bertajuk ‘Coffee and Health’ (Debry, 1994)
menyatakan bahawa kopi adalah sebahagian daripada hidangan yang baik dan
memberikan kesan yang positif pada kesihatan fizikal dan ketenangan mental.
Di dalam teater ini, kopi digambarkan oleh penulis
sebagai simbol ketenangan, kebebasan dan kepercayaan. Ianya amat sesuai sebagai
metafora kepada segala konflik dalam keseluruhan cerita. Iqbal menggambarkan kopi sebagai simbol ketenangan kerana ketika menikmatinya dia
tidak perlu memikirkan tentang pekerjaan menentukan format atau laras bahasa
kertas kerja yang membuatkan fikirannya kusut. Hanna menikmati kopi kerana
baginya kopi itu adalah simbol kebebasan. Membalas dendam terhadap lelaki
dengan melawan mereka membawa erti kebebasan pada Hanna manakala kopi bagi Hakim
membawa erti kepercayaan iaitu kepercayaan dalam perhubungan di antara manusia.
Dinilai daripada kehidupan di kota metropolitan sekarang dari sudut ekonomi dan sosial, ternyata kehidupan di bandar penuh dengan cabaran, tekanan, penindasan serta
persaingan yang mendesak warga kota mencipta sebuah masyarakat yang
‘selfish’. Akibat kepentingan terhadap keperluan dan
kepuasan diri-sendiri, kesan dan akibat perbuatan ‘selfish’ kepada
masyarakat sekeliling tidak pernah diambil kira.
Hakim
terlalu terbawa-bawa impiannya yang menginginkan sebuah keluarga yang bahagia
serta cukup dengan keperluannya. Dia menjadi seorang ‘workhaholic’, balik rumah lewat hampir setiap malam, demi mendapat
perhatian dan penghargaan ketua dan mengharapkan kenaikan pangkat. Perlakuan
Hakim yang mementingkan diri sendiri ini sebenarnya melemahkan kasih sayang
dalam institusi keluarganya. Hanya Hakim sahaja yang merasakan bahawa kasih
sayang itu adalah hanya dengan memenuhi keperluan keluarganya dengan
menyediakan rumah lebih besar dan selesa, kereta lebih mewah dan mempunyai
penghawa dingin serta membawa mereka melancong. Hakikatnya, jiwa anak dan isterinya
kosong tanpa kasih sayang dan perhatian dari lelaki bernama suami dan ayah, dan
ini menjadi punca kepada permasalahan hidupnya. Hakim hanya mahu dianggap
sebagai hero oleh anak-anaknya. Isteri Hakim, Maisara, mencari hiburan lain,
memadu kasih bersama lelaki lain yang lebih menyayanginya. Konflik ini nyata bertentangan dengan tanggapan Hakim bahawa isterinya akan setia sekiranya segala
keperluan dalam hidupnya dipenuhi dengan wang dan material. Selain itu kecurangan
isterinya serta fobia anak-anaknya juga menjadi punca Hakim berasa begitu terasing. Manakala Iqbal
yang sering dibuli kerana takut untuk melawan turut merasakan dirinya begitu
terasing dengan masyarakat akibat kata-kata kesat yang sering diterimanya
sepertimana yang ditegaskan menerusi konsep alienation oleh Marxis.
Mesin dan Kopi membawa satu kritikan
sosial yang bernas, menggambarkan kehidupan masyarakat sekarang yang realitinya
penuh dengan tekanan kerana semuanya memerlukan kecekalan dan kepantasan. Walaupun sarat dengan kritikan terhadap sistem pentadbiran, ekonomi serta sosial
masyarakat bandar, namun ia disampaikan dalam cara yang tertib, kreatif, halus, dan dramatik serta tidak radikal.
Teater Mesin dan Kopi ini harus diberi
peluang untuk diangkat dan dipentaskan di tempat yang lebih baik supaya ia dapat menemui sasaran masyarakat yang sebenar, dan lebih luas. Tahniah
kepada anak muda yang berani menghasilkan karya ini - Harith Amirul, yang
mempunyai kualiti penulisan serta pengarahan tersendiri.
BIBLIOGRAFI
Aronowitz, S.
(1990). the crisis in historical materialism : class, politics and culture
in Marxist Theory (second ed.). london: The Macmillan Press ltd.
Auslander, P.
(2008). Theory for Performance Studies. Wiltshire: Routledge.
Carlson, M. (1993). Theories
of the Theatre : a. New York: Cornell University Press.
Chu, Y.-F. (2012). Coffee
: Emerging Effects and Desease Prevention. John Wiley & Sons.
Churchich, N.
(1990). Marxism and Alienation. Fairleigh Dickinson Univ Press.
Debry, G. (1994). Coffee
and Health. John Libbey Eurotext.
Giddens, A. (2003). Capitalism
and Modern Social Theory : An Analysis of the Writings of Marx, Durkheim and
Max Weber. Cambridge: Cambridge University Press.
Jamerson, F. (1974).
Marxism and form: Twentieth-century dialectical theories of literature (Vol.
312). Princeton University Press.
Krauze, L. S.
(n.d.). Hegel for Beginners. Retrieved from http://www.marxists.org
Lukács, G. &.
(1971). History and class consciousness: Studies in Marxist dialectics
(Vol. 215). Mit Press.
Lukacs, G. (1971). History
of Class Consiousness : Studies in Marxist Dialectics. USA: The Merlin
Press Ltd.
Pustaka, D. b.
(2008). Retrieved from http://prpm.dbp.gov.my
Redding, P. (2016). Georg
Wilhelm Friedrich Hegel. (E. N. Zalta, Ed.) Metaphysics Research Lab,
Stanford University. Retrieved from
https://plato.stanford.edu/archives/spr2016/entries/hegel/
Sunita Elizabeth
George, K. R. (2008). A Perception on Health Benefits of Coffee. Critical
Reviews In Food Science And Nutrition, 48(5).

No comments:
Post a Comment