Pada 09 Mei 2026, saya telah
berkesempatan menonton sebuah pementasan teater kanak-kanak yang bertajuk
IMAGINA. Teater IMAGINA ini merupakan hasil karya dan arahan daripada Iefiz
Alaudin. Pementasan teater tersebut diadakan di dalam bilik Blackbox Akademi
Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan, ASWARA. Produksi ini dipersembahkan oleh
pelajar Diploma Teater Tahun 2, ASWARA. Persembahan tersebut dibuat adalah
untuk mempersembahkan sebuah penilaian ATE 2023 iaitu Produksi Teater
Kanak-Kanak. Teater ini ditujukan kepada semua lapisan umur terutamanya
kanak-kanak. Persembahan teater ini dibawakan dengan penuh tenaga, kreativiti
dan emosi yang menarik. Tujuan teater kanak-kanak ini dibawakan bukan hanya
untuk menghiburkan tetapi untuk memberikan pembalajaran dan pengarajaran kepada
masyarakat terutamanya kanak-kanak.
Selain itu, persembahan teater
kanak-kanak IMAGINA merupakan sebuah teater yang berbentuk fantasi kontemporari
yang menggunakan pendekatan non realisme. Kisah IMAGINA ini mengisahkan tentang
sepasang adik beradik iaitu Putih dan Merah yang merindui dan ingin bertemu
dengan ibunya. Kerinduan tersebut membuatkan sehingga mereka mencipta sebuah
karakter “IMAGINA” di dalam sebuah dunia fantasi digital yang dipernuhi memori
indah bersama keluarga. Sehinggalah muncul seorang budak lelaki yang bernama Pekan
yang telah menggodam sistem fantasi digital tersebut dan memusnahkan dunia
fantasi yang dibina oleh Putih dan Merah. Persembahan ini telah menggabungkan
pelbagai unsur cerita rakyat dan dongeng. Antaranya gabungan antara cerita Sang
Kancil, Nenek Kebayan, Si Tanggang, Puteri Gunung Ledang dan lain-lain lagi.
Gabungan tersebut dibawa masuk ke dalam dunia imaginasi yang penuh dengan
berwarna-warni. Produksi cerita ini telah berjaya menarik perhatian melalui
penggunaan visual, kostum, muzik dan suasana pentas yang hidup. Malah terdapat
juga beberapa aspek yang boleh dipersoalkan dan perlu diperbaiki supaya
persembahan tersebut lebih berkesan dari sudut dramatik dan penyampaian makna.
Melalui pendekatan estetika
persembahan, kekuatan utama teater “IMAGINA” ini terletak pada rekaan visual.
Penggunaan warna terang, pencahayaan serta susunan set yang menyerupai dunia
fantasi berjaya mencipta pengalaman yang imersif kepada penonton. Produksi ini
telah menunjukkan kefahamannya bahawa teater kanak-kanak memerlukan visual yang
kuat untuk mengekalkan fokus penonton.
Seterusnya, dari penggabungan elemen permainan video dengan cerita rakyat
merupakan satu idea yang relevan dengan konteks semasa. Kanak-kanak hari ini
membesar dengan budaya digital seperti permainan video. Oleh hal yang demikian
pendekatan ini menjadi jambatan antara warisan budaya tradisional dengan dunia
moden. Produksi ini secara tidak langsung telah memperlihatkan cerita rakyat
Melayu kepada generasi muda melalui medium yang dekat dengan kehidupan mereka.
Selain itu juga, terdapat juga
kelemahan yang terdapat dalam persembahan teater “IMAGINA” ini. Kelemahan utama
persembahan ini ialah dari segi struktur naratif yang longgar. Hal ini
dikatakan demikian kerana terlalu banyak watak dan kisah yang digabungkan
menyebabkan beberapa bahagian yang terasa sangat huru-hara dan kurang
perkembangan dramatik. Dari segi sudut pengarahan pula, permindahan antara
babak kelihatan tidak begitu lancar. Terdapat beberapa momen yang menarik
secara visual tetapi kehilangan kekuatan emosi. Hal ini dikatakan demikian
kerana penonton lebih tertumpu kepada perubahan suasana pentas berbanding
perkembangan cerita. Dalam teater, estetika yang kuat seharusnya menyokong
naratif bukan menenggelamkan makna cerita.
Bukan itu sahaja, penggunaan muzik
juga merupakan kelemahan yang terdapat dalam persembahan teater ini.
Persembahan teater “IMAGINA” ini menggunakan persembahan muzik secara langsung.
Antara alat muzik yang digunakan ialah gitar, drum, piano dan suara-suara
latar. Penggunaan muzik secara langsung sangat menarik tetapi ada juga
kekurangannya. Hal ini dikatakan demikian kerana muzik yang dimainkan terlampau
kuat menyembabkan banyak dialog yang disampaikan pelakon tidak didengari oleh
penonton. Hal ini menyembabkan penonton suar untuk memahami beberapa babak
dalam persembahan ini. Selain itu, terdapat juga kelemahan dalam penggunaan
cahaya. Pemilihan cahaya kurang sesuai menyebabkan suasana tidak dapat dirasai
oleh penonton. Sebagai contoh ketika babak putih menyanyikan lagu untuk memujuk
adiknya merah kerana meinginkan ibunya. Pada babak ini terdapat penggunaan
lampu berwarna merah. Hal ini menyebabkan penonton berasa pelik dan kurang
merasai suasana tersebut. Dalam penyampaian teater penggunaan lagu dan
pencahayaan perlulah dikawal dengan baik agar tidak menganggu perhatian
penonton.
Pada pandangan saya, persembahan
teater kanak-kanak “IMAGINA” ini cuba menyampaikan mesej tentang kepentingan
imaginasi, keberanian dan penghargaan terhadap cerita rakyat tempatan. Produksi
ini telah memperlihatkan bahawa kisah dongeng lama masih boleh dihidupkan
semula dalam bentuk moden dan dekat dengan generasi baru. Hal ini dikatakan
demikian kerana kanak-kanak zaman kini lebuh mengenali watak animasi luar
negara berbanding cerita rakyat di nagara sendiri. Melalui teater “IMAGINA” ini
mampu menjadi bentuk untuk memperkenalkan semula identity tempatan memalui
pendekatan hiburan kontemporari. Daripada teater yang disampaikan, saya
mendapati bahawa persembahan seperti telah menunjukkan budaya tradisional kini
perlu diubah suai agar dapat dapat bersaing dengan dunia digital moden.
Walaupun pendekatan ini kreatif, produksi perlu berhat-hati agar elemen
tradisional tidak kehilangan kedalaman makna hanya untuk menjadi terlalu
komersial.
Secara keseluruhannya, saya
berpendapat bahawa teater kanak-kanak “IMAGINA” ini ialah sebuah persembahan
yang telah berjaya dari sudut estetika dan daya tarikan visual. Produksi ini
mempunyai pemikiran yang kreatif dan sesuai dengan sasaran penonton yang
dipilih. Kreatif dari segi penggunaan set, kostum, pencahayaan pemilihan muzik.
Para pelakon juga berjaya menjadikan persembahan ini hidup dan menghiburkan. Saya
mencadangkan supaya produksi memberikan fokus kepada satu konflik utama supaya
perjalanan cerita menjadi lebih tersusun dan berkesan. Watak-watak dongeng
boleh diberikan ruang yang lebih mendalam supaya penonton dapat memahami nilai
budaya yang dibawa.
Saya sebagai penonoton dan
pengkritik, saya dapat melihat teater “IMAGINA” ini sebagai satu langkah
positif dalam perkembangan teater kanak-kanak tempatan.Produksi ini telah
membuktikan bahawa cerita rakyat Melayu masih mempunyai potensi besar untuk
dipersembahkan secara moden dan menarik. Jika aspek dramatik dan struktuk
naratif dapat diperbaiki, teater “IMAGINA” ini berpotensi menjadi sebuah
produksi yang bukan sahaja menghiburkan kanak-kanak tetapi meninggalkan kesan
budaya dan emosi yang lebih mendalam kepada penontonnya.
No comments:
Post a Comment