Betisnya bunting padi merupakan sebuah produksi projek tahun akhir. Produksi ini telah menilai beberapa pelajar iaitu pengurus produksi, pengarah dan dua orang pelakon. Kesemua jawatan yang dinilai ini dipegang oleh pelajar tahun akhir sarjana muda drama, tidak dinafikan produksi ini dibantu oleh beberapa pelakon jemputan, jurulatih lakon luar dan juga pelajar- pelajar tahun 1 & 2 daripada bidang dan juga fakulti berlainan.
Karya betisnya bunting padi merupakan sebuah nashkah karya sasterawan negara, DATUK DR. USMAN AWANG. Nashkah ini menceritakan tentang sepasang suami isteri, kamal dan aziah yang menghadapi sedikit salah faham yang menjejaskan hubungan mereka. Kamal merupakan seorang pelukis manakala aziah seorang pelakon drama radio. Konflik tercetus apabila kamal membuat pilihan untuk melukis “betis” milik model baharunya. Aziah merasakan cemburu dan mula bermesraan bersama rakan pelakonnya dihadapan suaminya. Bermulalah keselisihan faham dan bercambahnya perasaan cemburu di antara mereka berdua.
Kadangkala teater- teater yang dipersembahkan oleh pelajar universiti lebih cenderung untuk melakukan eksperiment ketika berada di atas pentas tidak kira dari segi penghasilan skrip, konsep persembahan mahupun gaya lakonan. Bagi saya produksi ini mengambil langlah yang unik bagi menghasilkan persembahan mereka kerana bukan sahaja mereka melakonkan era yang tidak pernah mereka jejaki atau jalani tapi mereka mengetengahkan konsep hitam putih seperti di dalam filem p. Ramlee. Seperti yang kite boleh fahami filem-filem p.ramlee ini dihasilkan ketika era kaca filem belum berwarna. Teater betisnya bunting padi telah menghasil sebuah produksi hitam putih di pentas panggung eksperiment universiti malaya.
Watak kamal di bawak oleh asri zamri telah berjaya membawa watak sebagai seorang suami kepada aziah yang dipegang oleh aisy ezmi. Gandingan dua pelakon ini bukan sahaja berjaya menyampaikan cerita kepada penonton tetapi setiap permainan pentas, setiap dialog dan setiap ekspresi telah memberi rasa kepada penonton seperti berada di dalam cerita tersebut
Dari pandangan saya produksi ini memberi inspirasi kepada pelajar-pelajar lain untuk terus bereksperiment dengan konsep-konsep yang ada bagi menghasilkan persembahan yang menarik.
No comments:
Post a Comment